Get ISLAMIC-Graphics
menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pada yang maha Kuasa, cinta kita di dunia & akhirat, Selamanya !

banyak benda perlu di cari selain cinta

Asslamualaikum w.b.t
Puji dan syukur keatas Allah s.w.t
Selawat dan salam atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w 

Firman Allah, " Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air benih, selepas itu Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). dan seseorang perempuan itu tidak akan mengandung dan melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.

Kita selalu berbicara tentang 'cinta'. Malah kita semua pernah mengalami perasaan itu. Secara umumnya, kita semua tahu, 'cinta' membawa maksud yamg cukup luas. Jika ia tidak dipandu dengan baik, perasaan yang asalnya bersifat suci itu akan bertukar menjadi sesuati yang boleh menjerumus pemiliknya ke jalan kehancuran.

Cinta Cinta Cinta..

ini lah istilah yang mempengaruhi hampir 99 % kehidupan kita.
Jujur, saya sendiri mengalaminya.. :/ tak tipu punya la. Korang pun mesti ada kan.. 

korang nak tahu tak sebenarnya kan banyak lagi benda nak dicari selain cinta ni.. 
cuba korang tanya diri korang..

  1. korang dah tahu ka segala ilmu dalam quran? kalaw nk specifik kan lagi.. korang pandai tak mengaji dengan tajwid yang betul? 
  2. korang rasa solat korang diterima Allah x?
  3. rasa-rasanya kalaw korang ditanya tentang hukum ahkam, korang boleh jawab dengan baik tak? jawab dengan berhujah dan dalil sekali ka?
  4. tak perlu kot soalan nombor 4 ni.. sebab 3 soalan dekat atas tu nisbah dia macam 1000000000000000xxxx soalan dah bagi saya.
  
sebenarnya saya tulis post ni sebab nak bagi peringatan pada diri saya sendiri..jujur saya katakan, persekitaran sangat mempengaruhi diri kita. Apalagi yang berdarah 'muda' macam saya ni. hehe :D bila ahli bait sendiri ada yang bercouple.. huhu.. hati ni pun Mengada.. dia pun nak TRY couple juga,, Perempuan mana yang x suka dibelai? x suka dipuji? x suka di sayangi? semua perlu kan.. cuma lain caranya. 

hari tu termenung sendiri.. sambil2 ternampak 'wayang free' - aksi romantik a.k.a Zina! pandang2 senyum2 rapat2 dekat kampus.. fuhh.. meremang bulu roma.. astaghfirullah. tiba-tiba ada seorang Hamba Allah ni lalu sambil baca Quran (kebetulan hari jumaat - Recite KAHFI :) ). lepas tu dia duduk dekat kerusi tepi.. tiba-tiba ja menangis. Seram juga saya.. ingatkan apa ka.. tiba-tiba dia bersuara. "Robb, sorry fikiran ku tidak tertumpu dalam bacaan.. aku teringatkan si dia, aku telah menganiayaiMU ya Allah"

MasyaAllah, kalau la dua orang yang berpegang tangan tadi dengar apa yang saya dengar ni. pasti mereka malu dengan kelakuan mereka sendiri..

Jujur ku katakan, sebab cintalah Kita JAUH dari ALLAH.. 
tetapi bila betul caranya, bila masjid telah terbina, bila lafaz nikah telah disebutkan..  barulah kerana 'Cinta', Allah mencintai dua insan yang sedang bercinta keranaNya..
 InsyaAllah c: 

segala puji padaMu...

kata buatku

"tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang,
hanya mereka yang beriman sahaja yang akan tahu makna kasih sayang itu"

detik waktu yang berharga

kata kata cinta

aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu
jika kaw hilangkan agama dari dirimu
maka hilang lah cintaku padamu =)

syair arab

" cinta merupakan anugerah takdir,
pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
namun tika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
tenggelamlah ia didalamnya, tak tertolong lagi

E N J O Y !