menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pada yang maha Kuasa, cinta kita di dunia & akhirat, Selamanya !

star.star.star @ the sky. =)

time: 12:38 am
date: 26th feb 2011 
venue: my own room
mood: love dreamers !


as'salam.
whooah, i ddnt know how could i be so happy today. =) all thanks to The mighty, Allah.
is that a normal feeling? it was just.. idk. there's only one sweett litle phrases by mark twain playing on my mind ^^.

dance like nobody's watching
love like you've never been hurt
sing like nobody's listening
live like it's heaven on earth.

it was just like only me, on my own world. without no one else.
freakin  little. btt that's how i feel.

had a pleasent day =)


يوم الزفاف سعيد ^ ^

as'salam. :))
woah ! saya baru balik dari kampung. perjalanan yang mengambil masa kira II sejam setengah amat menyeronokkan. erm apatah lagi naik bas mini persendirian Urvan nissan membuatkn seperti di rumah.

 happy newly wedds. to my dearest uncle Md. Adzri b. Okk Matli. membentuk keluarga sakinah.
what i could wish....
We’re here on this special day  Our hearts are full of pleasureA day that brings the two of you Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الل لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma
that's all for the newly wedd couple, be strong && tolerete with each other. semoga perkahwinan diredhai Allah subhana wataala. :))
 p/s: ya rabbi. rindu kampung sangat.sangat laa.. huhu.. ^^

Pain.pain.pain. SubhanaAllah.

as'salam readers,
don't shocked by the title above.
For sure, i had a new experience that i thought many of you hve not through.
i had been in an operation theatre. wooah, life or death. there would be just one thing in my mind...
" give me another chance to life, Allah.".

what will you think??
how shaking i am before entering the OT. even my tears fall down.
Ya rabbi. scared. suddenly i only saw black everywhere. i thought it took only 5 minutes But For Sure i faintt for 3 HOURS !! . when i woke up, i realise that i'm back to my ward.

Alhamdullilah..
i saw white bandage covering my hand. Pain. Just be Strong.
ooow i forget to tell you guys. im suffering from huge B*** S***.
but now, thanks to ALLAH for all His Kindness for borrowing me a new healthy life.

** THANK YOU ALLAH **

kecantikan hakiki terletak pada kepatuhan hatimu menjulang perintah Allah....

assalamualaikum..

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.


"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
 ~~~


silaturrahim yang kian hanyut.

Islam adalah sebuah agama yang amat menitikbertakan tentang keamanan dalam sesebuah negara.
saya kira pembaca pasti tahu dan inginkan pegangan ini.Rasullulah s.a.w sendiri ada mengingatkan bahawa menakut-nakutkan orang islam (tarwi;) adalah perkara yang dikutuk oleh agama. Setiap umat Islam di suruh untuk memberikan salam kepada setiap orang Islam yang lain dengan ucapan "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh."

 Bahkan bukan itu sahaja, diwajibkan ke atas kita untuk menjawabnya.
keunikan yang teramat sekali apabila adanya agama yang mengajar umatnya untuk menyebarkan DOA keselamatan dan kesejahteraan kepada umatnya pada setiap kali bertemu dan begitu juga apabila berpisah.

apa sebenarnya maksud sebenar di sebalik salam yang disampaikan kepada orang islam yang lain?. ucapan ini sebenarnya adalah zikir dan doa untuk orang yang kita berikan salam..

tapi rasanya umat islam yang kian memoden terlupa akan doa yang amat mudah disampaikan ini. muda mudi kita lebih sesuai mengucapkan Hai, Hello, Yo dan sebagainya.. Astagfirullah al-azim,.

inilah realiti kehidupan, yang mudah dipermudahkan saja. bukan ini yang kita mahukan. jika keseluruhan umat islam mengucapkan ucapan berlandaskan barat, lama kelamaan hubungan sesama saudara jaraknya diumpamakan dari satu kampung ke satu kampung. Nauzubillah min zaliq.

ini peringatan buat penulis sendiri. ucapan yang mudah serta mendoakan kesejahteraan saudara seislam yang lain harus sentiasa berlegaran di bibir kita. jangan biarkan diri terpengaruh dgn negetivenya budaya. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.

wallahualam bi.sawab. ^^

segala puji padaMu...

kata buatku

"tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang,
hanya mereka yang beriman sahaja yang akan tahu makna kasih sayang itu"

detik waktu yang berharga

kata kata cinta

aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu
jika kaw hilangkan agama dari dirimu
maka hilang lah cintaku padamu =)

syair arab

" cinta merupakan anugerah takdir,
pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
namun tika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
tenggelamlah ia didalamnya, tak tertolong lagi

E N J O Y !