Get ISLAMIC-Graphics
menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pada yang maha Kuasa, cinta kita di dunia & akhirat, Selamanya !

istimewanya malam al-Qadr..

Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".

Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.

Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.

Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.

Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

* Menghayati malam tersebut dengan ibadah


* Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.


* Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

* Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.


* Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.


* Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.


* Ada yang berkata doa permohonannya makbul.


* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.





Semoga kita dipertemu dengan malam Lailatul Qadar ini... amin ya rabbi..

Riwayat Bidadari Syurga

Haruman 'Riwayat Bidadari Syurga' menebarkan aroma segar yang membangkitkan rasa insaf dan kagum pada keagungan Kudrat Maha Pencipta. Subhanallah... Dalam kelembutan hati, ada tegas yang tak bisa digugah. Dalam kehalusan jemari, tergenggam utuh janji abdi pada yang Esa. Dalam malu, suara tegar mereka mampu menggegarkan dunia. Siapakah yang dapat menandingi kehebatan mereka, para hamba yang akhirnya menjadi bidadari syurga? Sungguh, tanpa diminta, riwayat mereka melintasi ruang zaman dengan megah. Menyampaikan mesej, harum mawar bukan sekadar untuk dicium, indah kelopaknya bukan sekadar untuk dikagumi tetapi durinya mampu mencarik hati yang musyrik, memberi iktibar tanpa rasa gentar.

Entri kali ini, dikupaskan mengenai kisah kisah para Bidadri syurga yang menjadi idola para muslimah pada hari ini. semoga dengan penulisan ini dapat berguna kepada semua sebagai pedoman hidup.

Aduhai para Bidadari Syurga...
mendengar lagu dan membaca hikayat kalian membuatkan kita tertanya-tanya. Mampukah kita menjadi seperti mereka? Layakkah kita berdiri di sisi kalian? Sedangkan sejarah kami tak setanding riwayat kalian, pengorbanan kita tak tak tersaing perjuangan kalian, pengorbanan kita tak tersaing perjuangan kalian dan kehambaan kita tak sehebat pengabdian kalian....


~'Riwayat Bidadari Syurga' menambat hati pada yang Esa~





segala puji padaMu...

kata buatku

"tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang,
hanya mereka yang beriman sahaja yang akan tahu makna kasih sayang itu"

detik waktu yang berharga

kata kata cinta

aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu
jika kaw hilangkan agama dari dirimu
maka hilang lah cintaku padamu =)

syair arab

" cinta merupakan anugerah takdir,
pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
namun tika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
tenggelamlah ia didalamnya, tak tertolong lagi

E N J O Y !