menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pada yang maha Kuasa, cinta kita di dunia & akhirat, Selamanya !

Detik Yang Berlalu Adalah Masa Depan

Assalamualaikum wbth… Semakin hari, imtihan semakin berkurangan. Ini bermakna cuti pun sudah semakin hampir. Semoga cuti kali ini akan dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Sekalipun anda bermusafir, pastikan permusafiran itu membawa manfaat dan menurut syariat. Moga perjalanan itu lebih diberkati dan mendapat perlindungan Allah s.w.t.


Soal masa seringkali dipandang remeh oleh muda-mudi hari ini. Pengurusan masa yang tidak menentu menjadikan hidup tidak terurus, bahkan priority dalam perjalanan hidup sudah tentu akan terabai. Pengurusan masa sebenarnya merupakan dalam Islam. Allah s.w. t berfirman dan bersumpah dengan masa dalam al-Quran pasti ada sebabnya tersendiri. Allah Maha Mengetahui sifat lalai hambanya maka disumpahkan masa dalam kitab suci al-Quran.


“ 1. Demi masa. 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,


3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”
(Al-Asr :1-3)


Berjaya dan Gagal Sebab Masa?
Dengan firman Allah s.w.t jelas dapat dilihat bahawa salah satu punca kejayaan dan kegagalan buat manusia itu adalah masa. Perumpamaan ayat secara umumnya mengatakan manusia itu sememangnya dalam kerugian iaitu mereka adalah orang-orang yang gagal, yakni tenggelam dalam masanya sendiri. Kemudian, hadir sighah isthisna’ atau pengecualian bagi orang-orang yang berjaya iaitu orang yang beramal soleh dan sentiasa beringat-ingat. Inilah yang dijelaskan sikap orang yang berjaya dalam surah al-Mukminun (1) :




“ Sesunguhnya berjayalah orang-orang yang beriman”


Sifat-sifatnya Allah s.w.t sudah cukup jelas diterangkan dalam ayat tersebut. Rangkaian ayat-ayat Allah s.w.t yang punyai hubungkait antara satu sama lain cukup bermakna untuk didalami. Justeru, jelaslah dengan sumpah Allah Ta’ala bahawa orang yang berjaya itu orang beriman yang menghargai masanya jelas matlamatnya menyusun masa dengan perkara yang sepatutnya. Manakala insan yang gagal mereka yang sebaliknya.


Nilaikan sendiri.


segala puji padaMu...

kata buatku

"tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang,
hanya mereka yang beriman sahaja yang akan tahu makna kasih sayang itu"

detik waktu yang berharga

kata kata cinta

aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu
jika kaw hilangkan agama dari dirimu
maka hilang lah cintaku padamu =)

syair arab

" cinta merupakan anugerah takdir,
pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
namun tika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
tenggelamlah ia didalamnya, tak tertolong lagi

E N J O Y !