Get ISLAMIC-Graphics
menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pada yang maha Kuasa, cinta kita di dunia & akhirat, Selamanya !

Bila hati berbicara

Bismillahirahmanirahim..

ku mulai coretan kali ini dengan seribu air mata.
aku tahu dan aku sedar, semakin hari diri ini... tanpa terkawal menjauhkan diri dariNya..
aku masih ingat. Iman itu perlu dijaga. imanku umpama cas handphone... kadang2 full kadang2 separuh dan kadang2 menurun langsung tiada cas.

aku sedar, aku bukan seperti dulu lagi. hidupku berubah. mungkin sebab telah lama ku tinggalkan program2 muhasabahku.. sungguh aku kekurangan input saat ini. input yang kuterima diwaktu bergelar Balkis. seharusnya ilmu itu tidak ku lupakan begitu saja. tapi apakan daya. Aku hanya insan biasa.

lalu suatu hari, aku membaca en3 seseorang yang telah lama kukagumi ilmunya.. ingin ku katakan padanya.. Kak, terima kasih. tapi sayang dia berada jauh merentasi meditarenean.. en3 itu yang dinamakan Qalam haz.. mengalirkan air mata keinsafan yang telah lama membongkak di sepasang mata kurnianNya.

ku katakan pada diriku.. walau sesukar mana sesuatu perkara itu.. aku akan terus mencas imanku.. kerna aku sudah tidak sanggup lagi hidup dalam kekosongan begini..
biarlah cas itu sentiasa ber+ tanpa gangguan sekalipun.

mulai hari ini.. jika diizinkan Yang Maha Esa, akan ku ubah diriku untuk menuju muslimah solehah. InsyaAllah.. amin..

biarlah air mata ini gugur menginsafi diri padaNya.. =)


segala puji padaMu...

kata buatku

"tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang,
hanya mereka yang beriman sahaja yang akan tahu makna kasih sayang itu"

detik waktu yang berharga

kata kata cinta

aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu
jika kaw hilangkan agama dari dirimu
maka hilang lah cintaku padamu =)

syair arab

" cinta merupakan anugerah takdir,
pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
namun tika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
tenggelamlah ia didalamnya, tak tertolong lagi

E N J O Y !