Get ISLAMIC-Graphics
menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pada yang maha Kuasa, cinta kita di dunia & akhirat, Selamanya !

Islam di tengah kesibukan kota Hong Kong

Walaupun islam bukan majoriti di Hong Kong, kemudahan beribadat orang islam tidak dipinggirkan. terdapat empat masjid utama yang digunakan untuk beribadat sehari-harian. Masjid tertua ialah Masjid Street Shelley yang dibina pada 1890 dan dibina semula pada 1905.


Masjid Kowloon

Muslim di kota ini terdiri daripada penduduk asal, campuran orang China dan orang Islam Asia Selatan yang merupakan orang-orang islam terdahulu.

                                               pemandangan di waktu malam di Hong Kong

ISLAM di Hong Kong diamalkan oleh sekitar 20,000 Muslim. Kebanyakannya adalah Cina dari suku Han, dengan bakinya dari Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, dan Timur Tengah dan negara-negara Afrika. Empat masjid utama digunakan bagi solat setiap hari. Yang tertua adalah Masjid Jalan Shelley di Pulau Hong Kong, yang dibina pada tahun 1840-an dan dibina semula pada 1915. Masjid Kowloon dan Pusat Islam di Jalan Nathan, dibuka pada tahun 1984, mampu menampung sekitar 3,500 ahli. Masjid dan Pusat Islam di Jalan Oi Kwan di Wan Chai dibuka pada September 1981 dan mampu menampung ahli seramai lebih dari 700 jamaah. Perkuburan Muslim Tanjung Collinson turut mempunyai masjid.


`islam ada di serata dunia`

Sesungguhnya ISLAM itu agama yang cukup indah dan dapat menyatukan umatnya yang pelbagai bangsa dan budaya...Mari kita lihat warna - warni kehidupan umat Islam di serata dunia...Sesungguhnya Islam itu indah..jagalah Islam mu itu sebaik-baiknya...

segala puji padaMu...

kata buatku

"tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang,
hanya mereka yang beriman sahaja yang akan tahu makna kasih sayang itu"

detik waktu yang berharga

kata kata cinta

aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu
jika kaw hilangkan agama dari dirimu
maka hilang lah cintaku padamu =)

syair arab

" cinta merupakan anugerah takdir,
pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
namun tika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
tenggelamlah ia didalamnya, tak tertolong lagi

E N J O Y !