TUHAN, engkau berikan kepadaku sekeping hati yang lemah hingga aku tidak pandai membela diriku. Aku sering tertindas dengan situasi. Aku mudah dipersalahkan namun aku tidak tahu mempersalahkan orang. Aku benar-benar berasa walah.
Wahai Tuhanku, aku mahu menjadi diri sendiri. Diri yang memiliki kekuatan dan keberanian. Diri yang mampu memberi keadilan kepada diri dan orang di sekelilingku. Aku tidak mahu lagi dizalimi, aku tidak mahu diperlekeh. Aku tidak mahu orang memandang diriku sebelah mata. Aku mahu menjadi manusia yang hebat.
Wahai Tuhanku, diriku bukan seperti Kadijah, pendamping baginda Muhammad dalam kemusykilan. Aku bukan Aisha, isteri Rasullulah yang berani dan petah berhujah. Aku bukan Summayah, hamba wanita yang mempertahankan pegangan Islam yang Tercinta hingga keluarganya terkorban. Namun aku mohon supaya sedikit keberanian mereka dicebisi untuk diserapkan ke dalam nubariku. Tuhan, aku benar-benar mahu berjuang untuk....
untuk membangunkan diri ku yang dhaif ini.